kawanku

kawanku

Tuesday 31 May 2011

KENANGAN BERSAMA KAWAN-KAWAN



       1.                                Ikatan kasih ku terhadap sahabatku kerana mu Ya Allah,
maka peliharalah kami dagan rahmatmu,
dan lindungilah kami dengan hidayahmu wahai Allah,
sahabatku ketahuilah aku tidak akan biarkanmu keseorangan dalam perjuangan,
tidakkan ku biarkan kau menangis bersendirian wahai sahabatku,
aku kasihmu lillahi Ta'ala....

< MAKSUD SEORANG SAHABAT >



Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih
dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa
dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.


Selemah-lemah manusia
ialah orang yg tak berusaha mencari sahabat
dan orang yang lebih lemah dari itu
ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari.



Supaya engkau memperoleh sahabat,
jadikan dirimu sendiri lebih dulu sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang lain.



Ungkapan sahabat yang jujur lebih besar harganya
daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.



Sahabat yang baik adalah orang yang berkata benar,
dan bukannya orang yang hanya membenarkan kata-kata.



Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
ketika kamu memerlukan dukungan.
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain
yang lebih menguntungkan.



Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal,
terikat kepadamu ketika kamu berkata,
" Tinggalkan aku sendiri ".



Kesunyian bukanlah sekutu derita,
melainkan sahabat ketinggian jiwa.



Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat
yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.


gambar bersama kawanku...







gambar diatas ialah gambar ketika aku dan kawan-kawan aku pergi ke Cristal Bay,

di sini juga ade kenangan manis aku dan kenangan pahit aku bersama kawan-kawan,

kenangan manis aku ialah dapat berkumpul bersama-sama ketika cuti sekolah,

dapat berseronok dengan kawan-kawan,dan banyak lagi......
kenangan pahit aku pula ialah semasa aku dan kawan-kawan aku pergi ke Cristal Bay,
dengan tidak sengajanye,aku telah jatuh motor,
semase itulah kawan-kawan aku menolong aku....
aku berterima kasih kepada kawan-kawan aku yang sudi membantu aku....


(^_^)
                     

                                                 KATA-KATA UNTUK SAHABAT:-
                                           Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
                                                                                                                             






inilah gambar kenangan aku dan kawan-kawanku semasa berada di Cristal Bay,
sebenarnya banyak lagi gambar,cuma aku malas nak masukkan...



gambar ini pula ialah gambar ketika aku dan kawan-kawanku menaiki bas,
nama bas yang aku dan kawan aku naik ini ialah bas batang,
bagi aku bas ini yang paling berhermah cermat ketika memandu,.
ketika ini juga,aku dan kawan-kawan aku ingin pulang ke kampung,
maklumlah,duduk asrama....

  2.      gambar dibawah ini pula ialah gambar ketika aku dan kawan-kawan aku berhijrah
ke pulau pinang,disini juga terdapat banyak kenangan manis aku bersama kawan-kawan aku,
ANTARANYA ialah......:-


ketika aku dan kawan-kawan aku tiba ke tempat yang ditujunya,iaitu
Pulau Pinang,dan tempat pada mulanya aku dan kawan-kawan aku turun ke bumi pulau pinang,
ketika itu aku dan kawanku berada di masjid untuk solat jama' dan menyiapkan diri,...




semasa aku berada di luar kawasan taman rama-rama,pulau pinang....
masa ini kawan-kawan aku sempat posing untuk ambil gambar...
huhuhu....



ini adalah gambar sahabat aku,dia ini ialah kawan yang paling rapat pada aku,
yang disebelah kiri itu ialah hakim,dan yang disebelah kanan itu ialah ikram,
dua orang inilah yang selalu tolong aku ketika aku ada masalah,..





semasa aku dan kawan-kawan berada di dalam bas,untuk menuju ke tempat-tempat
yang menarik,.....

berada di dalam feri....


disinilah banyak kenangan-kenangan aku bersama kawan-kawan aku...
KETIKA BERADA DI PULAU PINANG....(^_^)
         
                 
   3.     gambar di bawah pula ialah ketika membuat latihan nasyid untuk anti dadah.......




             Dan selepas penat lelah kami berlatih,Alhamdulillah,sekolah Assyakirin telah
menjadi johan nasyid anti dadah dalam peringkat negeri MELAKA 2011...



ini adalah gambar ketika meraih kejohanan dalam pertandingan nasyid....
sebenarnya ada video nasyid,aku ingat nak masuk kan,tapi aku malas nak mengupload....
huhuhhuhu.....
  1. Berada di Asahan,Jasin........










gambar diatas ini ialah ketika aku,kawan-kawan aku,dan juga ustaz berada di Asahan...ketika ini aku
dan kawan-kawan bermandi manda di air terjun asahan..
pada waktu ini aku dan kawan aku cuti sekolah
  selama 2 minggu....semasa itulah   aku,kawan aku,dan ustaz membuat plan untuk pergi
asahan,mula-mula ramai juga kata nak pergi,
tengok-tengok,tiba asahan aku dengan budak-budak
yang duduk dekat kawasan melaka tengah saja yang
datang,ade la juga wakil sorang budak jasin...
tapi aku tidak kisah pon,dia orang tidak datang,
aku faham,dia orang ada kerja yang paling penting yang
dia orang nak buat...
tapi masa itu juga,kebetulan budak-budak dari
sekolah STP datang...
kita orang juga bermandi-manda la dengan dia orang..
itu saja kot yang aku nak cerita kan...
sebenarnya banyak lagi cerita....

tapi sampai sini jer arr...klo citer nanti smpai
esok tidak habis,huhu....
lagi pon aku buat blog ni pon saja2 jer....
nak mengenang kembali kenangan manis aku
bersama kawan aku....


1 comment: